Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhurkan sebagai sultan Pahang yang ke-enam.
Pengumuman demikian dititahkan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Tengku Rahman bertitah pada sidang media di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Tengku Abdul Rahman telah bertitah bahawa Istiadat pertabalan Tengku Abdullah sebagai Sultan akan dilangsungkan pada Jan 15, Selasa.
Pemasyuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang adalah bagi menggantikan ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah Almarhum Sultan Abu Bakar yang kini gering.
Semalam, sebuah mesyuarat bersama Jumaah Pangkuan Diraja Negeri yang diadakan di Kuala Lumpur.
Sumber: Bernama
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hadir mempengerusikan mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri.
Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, selain dihadiri ahli mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri.
0 comments on “Tengku Abdullah bakal ditabalkan sebagai Sultan Pahang, Selasa ini.”