Home News

Petrol turun satu sen mulai tengah malam ini hingga Jan 18

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 1 sen seliter bagi tempoh bermula esok hingga 18 Januari depan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pengguna akan menikmati harga runcit RON95 pada harga RM1.92 berbanding RM1.93 seliter dan RON97 pada harga RM2.22 berbanding RM2.23 seliter sebelum ini.

Menurutnya, harga diesel naik sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.04 kepada RM2.05 seliter untuk tempoh sama berdasarkan harga pasaran sebenar Mekanisme Harga Automatik (APM) bagi minggu sebelumnya.

“Kerajaan telah mengotakan janji untuk melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 5 Januari lalu, harga runcit produk petroleum telah ditetapkan secara mingguan dengan menyaksikan penurunan harga runcit petrol RON95 kepada RM1.93 berbanding RM2.20 seliter sebelum ini.

Penurunan itu juga melibatkan RON97 yang dijual pada harga RM2.23 berbanding RM2.50 dan

diesel (RM2.04 berbanding RM2.18 sebelum ini). –

Sumber : K! ONLINE

0 comments on “Petrol turun satu sen mulai tengah malam ini hingga Jan 18

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: