Home Travel

Tersekat kerana insurans – rawatan bapa perlu dibayar sebanyak RM300,000

Hasrat seorang bapa untuk meraikan kejayaan anaknya, Nur Amalina Sahrom menerima Ijazah Sarjana pada majlis graduasi di United Kingdom, tidak kesampaian apabila dia diserang strok sebaik saja tiba di negara itu.

Sahrom Ahmad, 59, turut mengalami pendarahan otak dan terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Charing Cross, London untuk menyelamatkan nyawanya.

Nur Amalina berkata, walaupun keadaan masih lemah, bapanya sudah stabil dan boleh buka mata dan menggerakkan tangan.

Katanya, dia menjaga Sahrom sejak bapanya dimasukkan ke hospital sementara menunggu ibunya, bersama ibu saudara dan adiknya tiba dari Pulau Pinang.

Amalina selepas tiga minggu dirawat keadaan bapanya semakin stabil dan pihak hospital membenarkan keluarga membawa Sahrom pulang ke Malaysia.

Namun usaha Nur Amalina terbantut berikutan kerenah birokrasi daripada syarikat insurans di Malaysia.

“Urusan tertangguh berikutan masalah polisi insurans bapanya ambil di Malaysia. Bapa beli pelan insurans perjalanan VIP membolehkan dia menebus bayaran balik insurans perubatan sehingga RM300,000 dan repatriation (bawa balik) pada nilai sepadan.

“Polisi insurans pelancongan itu hanya menanggung kos perubatan hingga RM300,000 saja dan sekarang ia meningkat kepada RM366,000. Semakin lama bapa di hospital, kos akan terus meningkat.

“Pihak hospital anggarkan kos untuk bawa bapa pulang adalah RM300,000 membabitkan paramedik, katil dan kelengkapan perubatan,” katanya.

Jelasnya, sebelum ini dia cuba menguruskan sendiri perkara itu namun pihak hospital enggan membenarkan Sahrom keluar selepas mengetahui dia memiliki polisi insurans.

“Pihak hospital memang mahu membantu mempercepatkan urusan kami. Kakitangan sangat baik dan memberikan sokongan kepada kami, tapi syarikat insurans pula macam melengah-lengahkan,” katanya.

Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu menerima Ijazah Sarjana (Sains) Pengurusan Antarabangsa dari Universiti Loughborough sepatutnya menghadiri majilis graduasinya pada Disember yang lalu. Menurut beliau pihak kedutaan Malaysia di London dan TNB sudah menghubungi beliau untuk membantu keluarganya

Sumber : Metro TV

0 comments on “Tersekat kerana insurans – rawatan bapa perlu dibayar sebanyak RM300,000

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: