Home News

Saya anak sulung, nak tolong ayah

Selepas cerita anak beranak gigih menawarkan khidmat cuci kereta, posting Adi W. Kamal di Facebook telah menerima perhatian rakyat Malaysia.

Menurut postnya, Adi menceritakan seorang anak perempuan, Shariminy, 12, menawarkan khidmat cuci kereta ketika beliau turun dari kereta di Seksyen 9, Shah Alam.

Shariminy ketika itu lengkap berpakaian sekolah sedang membantu ayahnya, Sukumaran Sanmugam untuk mendapatkan pelanggan.

Menurut portal, Mstar pula, pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Midlands Seksyen 7, Shah Alam itu, sering menolong bapanya setelah tamat sesi sekolah. Itu sebabnya anak celik ini, dilihat memakai pakaian seragam sekolah.

Menurut Shariminy, bapanya telah terlibat dalam kemalangan dua tahun lalu, sukar untuk melakukan pekerjaan yang berat.

Anak itu berkata, sebagai anak sulung dua beradik itu adalah tanggungjawabnya untuk menolong bapanya.

Sukumaran yang akan membawa baldi penuh air dan kain lap di kawasan seksyen 9, akan mencuci kereta dan dilap bersih oleh anak perempuannya.

Petikan Adi di Facebook adalah seperti berikut (terjemahan dari Bahasa Ingeris)

“Saya letak kereta di Seksyen 9 Shah Alam membeli sedikit buah-buahan untuk mak saya dan tiba-tiba seorang budak perempuan berumur mungkin sekitar 9 – 10 tahun ketuk tingkap (kereta) bertanya jika saya nak basuh kereta.

Pada mulanya saya jawab tidak, tapi saya nampak dia pakai pakaian seragam sekolah dan saya teringat ada seorang lelaki berjalan dengan sebuah baldi air serta kain lap di bahunya, dan dengan pantas saya rasa tentu itu bapa dia.

Jadi saya pun tanya dia, “berapa?” dia jawab “ikut abang,” Kemudian saya tanya dia, “Siapa suruh basuh kereta?” dia jawab, “ayah…”

Saya beritahu dia, okay dan saya terus keluar dari kereta. Dia berlari ke arah ayahnya (lelaki yang bawa baldi tu) dengan beg sekolah yang masih digendong di belakang, sampai ke hujung simpang.

Si ayah berjalan pantas menuju ke arah saya, sambil membawa baldinya yang penuh dengan air cuba berjalan secepat yang boleh.

Saya kemudiannya berjalan menuju ke arah dia, dan beri dia duit dan cakap kepada dia tolong ambil duit ini, tak perlu cuci kereta saya.

Saya masuk semula ke dalam kereta, berasa sangat sedih dan sedar betapa bertuahnya kita. Jika anda nak bantu lelaki Ini nama dia Sukumaran Sanmugam dari Padang Jawa. Dia cuba cari duit nak belikan buku-buku untuk anak perempuannya belajar di sekolah,” di tulis Adi.

0 comments on “Saya anak sulung, nak tolong ayah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: