Home Travel World

Runtuh salji ragut 13 nyawa di Eropah

OSLO: Cuaca sejuk melampau melanda Eropah, memerangkap ratusan orang di wilayah Alpine, juga menyebabkan angin kencang yang memaksa penerbangan dibatalkan dan meningkatkan risiko lebih banyak kejadian runtuhan salji.

Sekurang-kurangnya 13 maut dalam kemalangan berkaitan cuaca di Eropah minggu lalu, kebanyakannya disebabkan runtuhan salji.

Di Norway, cubaan mencari mayat empat pemain ski ditangguhkan lagi semalam disebabkan kadar penglihatan teruk dan salji tebal.

Seorang wanita Sweden berusia 29 tahun dan tiga warga Finland, berusia 29, 32 dan 36 tahun, dianggap meninggal dunia selepas runtuhan salji berlaku di lembah berhampiran bandar raya Tromsoe minggu lalu.

Polis Romania, semalam menemui mayat lelaki berusia 67 tahun yang sudah beku di tempat letak kenderaan di bandar raya Slatina selepas isterinya melaporkan beliau tidak pulang dari kerja.

Di Austria, ratusan penduduk terkandas dalam rumah masing-masing disebabkan jalan raya yang tersekat dan beberapa wilayah mengalami gangguan bekalan elektrik selepas tiang elektrik ditimpa pokok.

Malam Isnin lalu, 11 pendaki Jerman terpaksa diselamatkan dari kabin berhampiran Salzburg, selepas terperangkap akibat salji tanpa bekalan elektrik dan kehabisan makanan.

Kematian akibat runtuhan salji juga dilaporkan di Switzerland, Austria dan Jerman, dan pihak berkuasa memberi amaran penurunan salji berterusan meningkatkan risiko berlaku runtuhan salji.

Sumber: Agensi berita

0 comments on “Runtuh salji ragut 13 nyawa di Eropah

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: