Home News Travel

Penang bakal guna pas perjalanan tanpa had My50

Penang bakal guna pas perjalanan tanpa had My50

Program Pas Tanpa Had My50 bagi fasa kedua, akan diperluas kepada pengguna bas RapidPenang menjelang pertengahan kedua tahun ini sebelum ke negeri lain.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke memberitahu sidang media di sini hari ini, beliau telah meminta Prasarana untuk kaji segera dan hasilkan cadangan,

Pas My50 yang diperkenal pada 1 Dis tahun lepas, membolehkan pelanggannya menaiki semua bas RapidKL dan bas pengantara MRT tanpa had sepanjang 30 hari dengan bayaran RM50 dengan mengunakkan MyKad, MyKid dan MyTentera.

Turut dilancar bersama pas My50 ialah pas My100 yang membolehkan pelanggannya menikmati semua perkhidmatan rel dan bas RapidKL termasuk MRT, LRT, Monorel, transit aliran bas BRT Sunway, bas RapidKL dan bas pengantara MRT tanpa had dalam tempoh 30 hari dengan hanya RM100.

Turut ditanya sama ada ia akan diperluas bagi perkhidmatan Rapid Ferry di Pulau Pinang, Loke berkata ia terserah kepada Prasarana untuk mengkaji kesesuaian dan mencadangkannya di dalam kertas kerja.

Loke turut berkata, fasa pertama bagi My50 yang turut dilancarkan bersama My100 untuk pengguna di Lembah Klang mencatatkan peningkatan jualan memberangsangkan, dengan 30,653 pas My100 dijual hanya dalam tempoh tujuh hari bulan ini berbanding 34,472 untuk sepanjang bulan lalu, manakala pas My50 sebanyak 726 pas berbanding 851 untuk tempoh sama.

“Walaupun belum capai sasaran tetapi ini satu unjuran memberangsangkan, saya yakin ada lebih ramai akan langgan, sasaran kita ialah supaya dapat 200,000 sekurang-kurangnya setiap bulan,” katanya.

Sumber: Bernama

0 comments on “Penang bakal guna pas perjalanan tanpa had My50

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: