Home News Travel

Denda RM300 sehingga RM1200 untuk kehilangan pasport

Jika sebelum ini pemegang passport tidak dikenakan sebarang denda dan penalti jika kehilangan pasport, bermula 9 Januari ini, mereka yang kehilangan pasport dan visa akan dikenakan denda RM300 sehingga RM1200 bagi mengantikan passport baru

Mengikut kenyataan pejabat Peguam Negara, individu yang kehilangan dokumen buat pertama kali, akan dikenakan sebanyak RM400.

Manakala bagi pengantian passport kali kedua akan dikenakan denda sebanyak RM700.

Bagi pengantian passport kali ketiga akan dikenakan denda sebanyak RM1200.

Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan pelajar 21 tahun kebawah yang belajar diluar negara, kehilangan passport buat pertama kali akan dikenakan denda sebanyak RM300.

Manakala, kehilangan kedua akan didenda sebanyak RM 600 dan bagi kehilangan ketiga akan didenda sebanyak RM1100.

Perintah denda itu turut membabitkan kerosakan pada dokumen seperti yang terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan berhubung Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2019 bertarikh 20 Disember Tahun lepas.

0 comments on “Denda RM300 sehingga RM1200 untuk kehilangan pasport

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: