Menteri Pertahanan Mohamad Sabu atau nama gelaran Mat Sabu mengesahkan bahawa anak lelakinya ditahan oleh pihak polis
Dalam kenyataan yang dimuat naik di profil Facebooknya, Mat Sabu menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak berdasarkan proses undang-undang negara terhadap anaknya yang menyamakan anaknya seperti anak orang lain tiada keistimewaan.
Pada pagi tadi, menurut laporan di portal Malaysia kini hari ini, seorang anak menteri dilaporkan ditahan polis tengah malam semalam, selepas didakwa positif ganja.
Memetik akhbar Sinar Harian, portal itu berkata seorang, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang.
Tahanan tersebut dilakukan selepas pemeriksaan dibuat terhadap 101 individu dan dua – termasuk lelaki itu – positif ganja.
Pihak polis telah mengesahkan penahanan itu dengan portal tersebut.
Menurut Malaysiakini, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Zainuddin Yaakob berkata kedua-dua yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
0 comments on “Mat Sabu – ikut pihak berkuasa, “Anak saya seperti anak orang lain””