Home News

Tun Dr Mahathir: “Setahu saya, Agong sudah memulakan tugas”

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah memulakan tugas baginda, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, pelbagai cerita kononnya Sultan Muhammad V melepaskan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong hanya sekadar khabar angin.

“Saya pun hanya dengar khabar angin tetapi setahu saya baginda sudah mula bertugas,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

“Seperti anda, saya juga hanya mendengar khabar angin.

“Setakat ini tiada sebarang pengumuman atau surat rasmi (Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas),” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Sejak semalam, tular di media sosial mendakwa satu mesyuarat khas Majlis Raja-Raja kononnya membuat keputusan meminta Yang di-Pertuan Agong berhenti secara terhormat jika tidak mahu disingkir daripada jawatan itu sebelum 9 Januari ini.

Sultan Muhammad sebelum ini beristirehat menjalani rawatan bermula 2 November sehingga 31 Disember tahun lalu dengan tugas Yang di-Pertuan Agong dipangku timbalan baginda, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Sultan Perak.

Sumber: Berita Harian

0 comments on “Tun Dr Mahathir: “Setahu saya, Agong sudah memulakan tugas”

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: