Home News

Perokok berang tampar perkerja restoran selepas ditegur merokok

T Krisnasamy ketika menceritakan kejadian pekerjanya yang dikasari ketika menegur pelanggan yang merokok di dalam restorannya. Foto BH

Tindakan seorang pekerja di sebuah restoran di Seksyen 25, di sini, menegur tiga pelanggan yang merokok di dalam premis itu, dibalas tamparan di pipi kirinya, pada hari pertama penguatkuasaan larangan merokok di restoran dan premis makanan di negara ini.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan berikutan tamparan itu tidak kuat.

premis makanan kawasan larangan merokok bermula Januari 2019

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata, ketika kejadian tiga lelaki itu yang dianggarkan berusia lingkungan 30an sedang menghisap rokok di dalam premis berkenaan.

“Mangsa yang terlihat kejadian itu kemudian menegur mereka secara baik namun seorang daripada mereka bertindak menampar pekerja restoran itu.

“Ketiga-tiga pelanggan itu terus beredar dari restoran selepas membuat bayaran.

“Sehubungan itu, pihak kami meminta ketiga-tiga suspek untuk tampil secara sukarela bagi memberi keterangan di balai polis berdekatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, laporan polis dibuat oleh pemilik restoran itu kerana tidak mahu bertanggungjawab sekiranya pihak berkuasa mahu mengenakan denda atau tindakan terhadap restorannya ekoran peraturan baharu larangan merokok di restoran.

Ketika insiden berlaku, terdapat dua lagi pekerja restoran dan lima pelanggan lain manakala, restoran itu turut dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Sumber: Berita Harian

0 comments on “Perokok berang tampar perkerja restoran selepas ditegur merokok

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: