Home News

5000 pelajar SMK Meru catatkan rekod Sekolah paling Padat

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, menjadi viral kerana kepadatan pelajar.

SMK Meru mempunyai bilangan pelajar yang ramai iaitu kira-kira 5,000 pelajar dan mempunyai dua sesi pembelajaran.

Di setiap tingkatan, pelajar ditempatkan antara 20 hingga 22 kelas dengan jumlah setiap kelas antara 30 hingga 40 pelajar.

Suasana perhimpuanan hari pertama sesi Persekolahan 2019 di SMk Meru

Isu kepadatan pelajar di SMK Meru tersebar apabila satu klip video dipercayai perhimpunan pagi di sekolah itu dimuat naik melalui media sosial.

Tahun ini sahaja, pelajar Tingkatan Satu itu mempunyai sebanyak 24 kelas.

Sekolah itu dikatakan masih mengekalkan prestasi para pelajar walaupun jumlah kemasukan makin bertambah, tetap menjadi pilihan penduduk di sekitar kawasan itu.

Masalah hanya timbul ketika waktu rehat apabila pelajar berebut ketika membeli makanan.

Seorang penduduk berkata punca pelajar terlalu ramai kerana tiada sekolah lain di pekan tersebut.

Sumber : facebook SMK Meru

0 comments on “5000 pelajar SMK Meru catatkan rekod Sekolah paling Padat

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: