Angin kencang kuat hampir 50 kilometer sejam (km/j) direkodkan berikutan tempias dari ribut tropika Pabuk yang melanda sebahagian persisiran pantai di Terengganu.
Meteorologi Malaysia telah memberi amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50km/j hingga 60km/j dan laut bergelora serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini.
Peringatan juga telah dikeluarkan oleh Meteorologi Malaysia supaya berjaga-jaga terhadap kemungkinan berlaku kerosakan dan pokok tumbang yang mungkin berlaku akibat angin kencang pada kelajuan sehingga 46km/j disebabkan tempias rebut tropika pabuk.
Orang ramai diingat supaya megelakan sebarang aktiviti di persisiran pantai dan laut bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
0 comments on “Ribut Pabuk : Angin kuat bakal melanda di Terengganu, Pahang dan Kelantan.”