Home News

LARANGAN MEROKOK di semua restoran bermula hari ini

Larangan merokok di semua premis makanan oleh kerajaan bermula Januari 2019

Semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok bermula 12 pagi, 01 Januari 2019, selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pindaan pewartaan itu dilaksanakan mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004).
“Ia bertujuan melindungi orang awam daripada terdedah kepada asap rokok.

“Premis itu membabitkan semua kaedah perniagaan tidak kira bertutup, berhawa dingin, atau berkonsep terbuka (open air).
“Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa komited bagi memastikan orang awam terutama kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua sentiasa dilindungi daripada bahaya asap rokok,” katanya dalam satu kenyataan,

Jom sama sihat tanpa asap rokok!

Sumber: Bernama

0 comments on “LARANGAN MEROKOK di semua restoran bermula hari ini

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: